Assalamualaikum & Bonjour..

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog ini.

Kenapa blog ini ditubuhkan?

Blog Malaysia Sentral ini ditubuhkan untuk mengumpul semua warga Malaysia yang membuat bisnes di internet. Blog ini akan menjadi "sentral" kepada semua bisnes blog di Malaysia. Jika kita ada KL Sentral, kenapa kita tak boleh tubuhkan Bisnes Blog Sentral. Kita ada pusat sehenti menjual barangan terpakai di Mudah.my, kini MalaysiaSentral ingin menjadi sentral kepada semua bisnes blog di Malaysia.

Malaysia Sentral juga ingin menubuhkan satu komuniti dimana kita akan menubuhkan persatuan dan menjalankan beberapa kegiatan dan aktiviti seperti peraduan, karnival, pesta, dinner, perjumpaan dan lain2 lagi.

Tiap2 mggu, saya akan sedaya upaya memberikan sedikit tips untuk berjaya di dalam bidang ini. Anda boleh mendapatkan tips ini dengan memberi alamat email anda ke MalaysiaSentral.

Sesiapa yang ingin meletakkan banner didalam blog ini, anda boleh menghantar coding blog anda kepada email kami. Pada pihak permulaan, kami memberikan secara percuma.

Saya harapkan anda boleh sama2 membantu kami untuk menyebarkan blog ini kepada semua rakan2, pengunjung blog, pelanggan dan semua rakyat Malaysia.

Pihak admin sedaya upaya ingin membantu warga Malaysia untuk melebarkan sayap mereka di internet. Dengan tertubuhnya blog ini, saya harap kita dapat sama2 bersatu hati dan berkumpul disini.

Areez
Admin Malaysia Sentral
Baca seterusnya~...

Copyright 2010 R & R 1 Malaysia
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger